
|
Bonjour!
Hey ! Good days to you!
(: Dusty Memories :)
Famous me?! Credits Basecode: Nadya. Full edit: SitiSyuhadah Re-Edit by: Ashafiera
| Yer banyak kali aku janji nak move on! boleh mmg boleh tapi mulut je. Otak je. Hati? memang tak boleh. Mgkin harini Allah nak betul2 suruh aku move on. Sakitnya hati Allah je yg tahu. Tolong la ya Allah, hapuskan apa saja yg aku rasa. Sakit, sedih, marah, syg and segalanya. Aku betul2 pasrah dengan apa yg dh jadi. Kuatkan hati aku. Untk meniti hari2 yg mendatang ni. Cukup lah aku berkorban. Aku buang masa utk cinta yg aku fikir kekal selamanya tapi tak. Hanya sementara. Please Allah guide me.guide my soul. Allah...
Aku tak boleh marah Aku tak boleh nak terasa hati Sebab itu yang aku nak Aku nak dia bebas Tak rasa terkongkong So aku kena biarkan Dulu mungkin dia perlukan aku Tapi sekarang mungkin tak Dia dah dapat apa dia nak Mungkin aku memang bukan sapa-sapa lagi Kekasih, kawan, kawan baik pun bukan Have fun! Berbahagialah aku doakan ๐๐๐
hari berganti hari, entah sejak bila.. Mcm mana, kat mana... Hati aku muncul satu perasaan.. Aku pernah rasa perasaan tu, yes last two years... And its come back! Tapi pelik... Dengan membe sdri.. Puas aku cari sampai hari ni, bila, kenapa perasaan itu hadir.. Aku cuba menidakan perasaan tu, tapi susah... Aku tk boleh tipu diri aku sendri.. Bila kita bersedia utk terima seseorang itu, yes kita perlu bersedia utk kehilangan org tu.. Takot benda sama berulang... Masa hati aku bebas dari perasaan tu, aku dh lupa mcm mana rasa cemburu, rasa sakit hati, rasa kecewa.... Sejujurnya.. Seronok.. Aku rasa bersih dari semua tu.. Tapi.. Aku tk boleh salahkan takdir.. Allah yang kembalikan rasa cinta tu.. semua org mengharapkan pengakhiran yg indah.. Tapi tak semuanya indah... Mungkin kali ini, Allah menghadirkan rasa ini untuk aku belajar dari kesilapan lalu.. Allah beri aku rasa benda yang tak pernah aku rasa.. Hati sakit tapi sembuh sendiri.. Hari merintih2 inginkan perhatian.. Tapi diendahkan.. Yes.. Allah suruh belajar lagi.. Belajar supaya lebih berdikari.. Jangan terlalu bergantung harap.. Tak terhitung airmata... Tapi hati masih separa sedar.. Tak sedar ke kenapa Allah tak henti2 duga? Beri kesedihan? Allah cemburu senanya.. Ye cemburu.. Siapa yang selalu kat fikiran? Kalau Allah kenapa terus menerus nak sedih? Menangis? Bukan kah Allah itu adalah hal terindah? Jika kerana Allah pasti tiada kesedihan.. Tak pernah sikit pun kurang kasih syg Allah terhadap diri ini.. Tapi diri sendri yg lupa, yang sombong.. Masih ada yg menyayangi, yang menghargai.. Tapi difikir yang belum pasti... Bila bercakap soal hati, memang tak kan pernah habis.. Cinta itu indah.. Cuma kita yang bertanggungjawab mengindahkan nya sendiri.. dengan sepenuh pengharapan kepada Allah... Percayalah... Perasaan itu satu anugerah.. Tapi letak lah sepenuh harapan kepadaNya.. Bukan kpd manusia tersebut.. La tahzan hati... Namau tedih2 lagi..... Sakit hati itu perkara biasa.... ๐ ![]() Yang ikhlas menyayangi mu //saya//
Assalamualaikum..
ya Allah awkward nya rasa.
lama betul tak selak-selak belog ni.
busy dia kalah maslan. hmmm hmmm.
Banyak betul cerita sem ni.
kalau nak dicerita tahun depan pun tak habis.
tapi dalam bebanyak cerita.
aku rasa macam nak cerita satu benda ni.
benda apa?
hahaha. aku pun tak tahu.
sem ni ya Allah dugaan diaaa berat nau.
tambah lagi soal hati dan perasaan ni. ouch!
sorry sis terjebak lagi. hurmm. ;(
dah bertahun hati ni rasanya bersih dari masalah kasih sayang cinta adik beradik ni lah.
konpius sebenarnya
betul ke apa yang jadi sekarang ni?
arrrrr rasa seram..
macam mimpi! serius!
mana mungkin aku fefeling dengan bestfriend sendiri!
tak mungkin weh!
pleasee aku bukan orang yang macam tuu. -,-
tapi apa dah jadi ni shaperaaa?
eshhhhh astagha apa kau dah buat ni?
haihhhh macam sis cakaplahhh adik-adik ia hadir dengan sendiri.
iyalahhhh dok memain sangat
see?
lepas ni brace urself sikit weh
hmmm hmm. bukan salah akuuuu! arrrr
takdir kan?
yee takdir.
bahagia. seronok. berbunga-bunga semuanya lah! *ayatmaniskau*
takyah cakap apa.
memang seronok!
yang tak seronok je sem ni.
yee sekarang ni lah. hm hmm
taktau lah apa jadi.
mungkin hati ni dah lama pendam
dah lama dia tacing kan.
biasa lahhh pempuan kalau org buat tak tahu sikit
macam macam dia fikir
complicated sangat weh! *SANGAT*
sampai rasa takot.
rasa nak jauh dari perasaan ni.
jauh dari perasaan ni.
orang tak faham
bila kita pernah setia
pernah sayang pernah cinta
tup tup kau kena game
apa kau rasa?
yess. itu aku rasa sampai sekarang masih pedih menikam-menikam weh
dan sampai sekarang aku takot dengan lelaki weh
hurmm. i know you tak macam tu kan? *sedapkanhati*
honestly perasaan kali ni sungguh luar biasa. >,<
seakan tak percaya diri ni
dah pandai ucap kata maaf.
"im sorry"
"yee aku salah"
"betul memang salah aku"
huhhhh susah weh susah nak keluarkan ayat tu
berbeza 360 darjah perangai aku dulu dan sekarang!
no wonder selalu org pening kepala dengan aku. *IMSORRY*
hahaha! tapi itulah hakikatnya..
aku bersyukur. bersyukur Allah kenalkan aku dengan orang macam kau!
bagus lah kau pun mengaku kau EGO.
yee aku pun.
tapi aku baik sikit kali ni. *HAHAHA*
dan kau rasa aku ke?
aku sakit hati. aku merajuk.
tapi aku pujuk hati aku sendiri?
no no no! its not me weh!
aku tak cakap kau jodoh aku.
yakin kau untuk aku.
dan aku untuk kau.
tapi selagi aku boleh berdoa.
aku sentiasa doakan "KITA"
aku tak pandang apa-apa pun kat kau
aku tak kesah kau selekeh mana
kau tak tough mana pun *KAHKAH!*
aku ni faham jelah
mulut suka menyakitkan hati orang
padahal tak berniat pun sesuka ja :P
tapi yelah
aku takot
takot bila aku dah lebih sayang kau
Allah tarik semua rasa syg kau kat aku
sungguh aku takot benda tu
aku penat kecewa weh
aku tahu kau pun tahu aku perlu kau
kau lain dari lain
lain sangat! *janganperasanplease*
walau banyak aku makan hati.
ye ah gila tak makan hati
dah lahh tak pandai pujuk!
ego!
tapi tu yang aku suka. hihihi.
apa pun kita letak Allah yang utama. :)
tapii ingat kalau nanti kau rasa dah tak perlu aku
kau bagitau awal awal weh!
at least sempat lah aku ubat hati sebelum berkedut
kang tak kawen aku sampai tua hahahah
aku doakan kau lepas semua subjek sem ni
aku taknak tengok dah kau kat sini!
aku tahu kau boleh punya.
tak pandai aku nak manis-manis
apatah lagi pujuk-pujuk
gila mana aku reti! *hahaha*
thanks weh jadi "lebah" aku.
buat aku happy. sedih. sakit hati. marah, *jahatnyekau!*
hahaha. takyah cakap lahh kau siapa.
semua orang tahu kau siapa.
hahaha!
thanks again ;)
SUN,
23 AUG 15
1:46 a.m
![]() Erm macam dah berhabuk aku punya belog ni. Haa berapa bulan dah tk pernah bukak. Setakat usha usha ja. Wehhhh serius busy gila. Takda masa langsung nak menaip. Dah habis sem 5, YESSSSSSSSSSSS!!!!!!!!! ha ha ha. Tinggal satu sem ja lagi. Pastu cuti tunggu cont degree. InsyaAllah. Apa yang berubah sepanjang sem ni? Erm jawapan dia........ BANYAK! banyak SANGAT! From A to Z , one-infinity!! Kalau dari segi fizikal. Erm boleh tahan lahhh. Aku dah cuba baiki, alhamdulillah berhasil. Syukur ya Allah syukur! :) Cumaaaaaaaaaaa....... mental ni tak cukup kuat lagi. Mudah tacing. Makin besaq makin kuat pulak tacing aku nih ha ha ha. Org tanya tacing ke? aku jawab X. bahahah. cehh menipu ja aku ni. jangan caya dia <--------- Dari segi pelajaran macam mana pulak? errrrrrrrr ermmmmmmm pun boleh tahan. This sem banyak sangat berdikari. Buat apa sesorang. Sob sobss Bukan takmau berkawan dengan orang. Tapi... Takot susahkan org :( Kawan-kawan macam mana? Alhamdulillah, sem ni Allah hadirkan kawan-kawan yang memang THORBAIKKKKKK ! Syukur. erm sapa? mesti ramai kan? emmmm sebenarnya tak pun. sobsobsss. tngok! menipu lagi budak ni. yelahhh sorry :D Tapi betul lah weh! Dorang semua banyak bantu aku. First of course lah classmates aku kan. Second pulak roomates aku. Alhamdulillah sem ni rasa laa kerajinan tu sikit Sebab? hahaha. yelah mau tak nya tk pernah lekat kat bilik. STUDY lah konon. cehhhhh. ngarut ja banyak sebenarnya -,- Kali ni rasa macam banyak buang masa sikit even setiap hari study. mahu tak nya banyak drama huhhhh . opps ngeh ngeh sorry yer :D ha ha ha ! Fariz . Haris . Tikah . Tasha . Fiqa Thankyou sebab study sesama dengan aku :) Banyak bantu aku dalam pelajaran. Kalau sesorang sumpah tk mampu! Patutlahh abah risau sangat nak lepas aku ni. Hidup terlalu bergantung dengan orang. Dari kat rumah sampai ke kolej. ermm sama ja hummm Tak tahu nak cakap macam mana tapi aku memang sayang hampa sangat. From the deep of my heart. cewahhh haha zzzzzzzz Aku rasa macam banyak sangat buat salah. Terutamanya....... FARIZ!!!!!!!!! ha ha ha! aku banyak sangat buat salah kat hang! Sumpah. Memang kalau lah buleh kira salah tu, Allah banyak nya. Sorry weh aku selalu kata macam macam kat hang. Seronok tengok Aku minta maap sekali lagi. Maafkan aku dan haris(hahahhaha) Aku doakan kawan-kawan aku bahagia, berjaya, jadi anak soleh solehah, suami isteri yg patuh perintah Allah dan insyaAllah berguna pada dunia :) Dah laaaa aku nak sambung berCOC. malam ni kalah ok aku raid org. RUGI!! hahahaa Assalamualaikum uolls. Salam Sayang, Ashafiera Binti Ghadzaly 4:05am 6 Nov 2014
Assalamualaikum.
Yerrrr sedia maklum dah masuk kolej dah ni.
First week baru.
Serabut pun ada susun jadual.
Banyak clash.
Bertimbun masalah.
Tapi bila fikir balik.
Benda kecik macam ni pun kau dah nak merungut.
Ada orang lagi banyak.
Lagi berat masalah dia.
Boleh je dia handle.
Asal kau nak buat teruk sangat.
Kau tak percaya Allah ke?
Kau tahu tak.
Apa ja dugaan yang kau dapat tu tanda Dia sayang kau.
Muhasabah diri kau Ashafiera.
Aku tak kisah sangat semua tu.
Cuma.
Cuma.
Hmmmmm.
Aku nak NEK balik.
Aku sedar yang aku perlu nek.
Aku tipu aku cakap aku kuat.
Ada hikmah bagai.
Yess memang ada hikmah setiap apa yang berlaku.
Tapi aku tak kuat dengan semua ni.
Sorang-sorang aku kat kelas.
Korang boleh bayang apa aku rasa.
Bila dua tahun kau dengan dia.
G mana sekali.
Dalam kelas berdua.
Bilik pun berdua.
Makan berdua.
Tetiba kau kena sesorang buat semua tu.
Korang tak kan rasa semua tu selagi korang tak berjauhan.
Orang akan cakap alah relax lah banyak g kawan.
Senang kau cakap kan.
Kawan memang ramai.
Tapi yang macam tu satu ja dalam seribu.
Daftar kelas pun sampai aku lupa.
Yang aku kena ambik subjek tu.
Kalau tak sebelum ni mesti dia yang ingatkan.
Masa aku hantar dia kat stesyen bas haritu.
Aku control je kuat.
Nangis jugak tapi sikit ja.
Masuk ja dalam kereta.
Allah taktahu nak cakap.
Kakak aku saksi.
Sebelum ni memang ego.
Jangan harap aku nak kuar airmata depan family aku.
Tapi kali ni memang tak leh tahan sangat.
Aku sedih sangat sebab aku rasa.
Selama dua tahun aku berkawan dengan dia.
Aku tak mampu nak jadi sahabat yang terbaik untuk dia.
Menyesal aku tak guna masa yang ada tu.
Tapi takpa aku redha.
Aku tahu Allah atur semua ni bersebab.
Mungkin aku terlalu bergantung dengan dia.
Terlalu harapkan dia.
Hmm. Aku rindu dia sangat.
Teruk nya aku nih.
Orang lain tak sangat.
Aku yang lebih.
ahahaha. :(
Ehh azan dah berkumandang. Setakat ni dulu yer.
Aku harap aku kuat.
Aku tahu kejap je ni.
Allah pasti bantu aku untuk hadapi semua ni kan.
<3 NURFARAHANA BINTI ANUAR <3
![]()
yer dah serik !
Love Ashafiera ,
![]()
Allah beri jalan. Alhamdulillah. :)
Love Ashafiera ,
![]()
Ramai tanya aku , "kau dah memang takde perasaan ke kat dia ? even sikit pun tak ? tak kan tak ingat langsung , dua tahun lebih kau dengan dia .bla bla bla"
Kuat sangat ke aku nak cakap aku tak rasa pape kan . Yelah dulu memang aku tahap meroyan kecewa lah konon . Take time jugak untuk aku back to normal . hee .
Banyak benda lah jugak aku lalui . Nak dijadikan cerita dapat pulak jadi PM untuk bebudak sem 1 . Ha apa lagi aku pegi jelah . Harap-2 dengan aku sibukkan diri boleh jugak lah nak lupa semua ni .
Yess ! sangat berbaloi. Aku memang tak ingat sangat. Yang paling aku rasa rare bila aku selamba badak je g jumpa dia dan dia kat carefour tu. hahaha. padahal dalam hati Allah je tahu. Yelah kan aku kan bajet kuat. Acting superb!. HAHAHAHA.
Tapi yelah semua ni kuasa Allah , hari demi hari aku makin kuat. Takde sangat aku ingat dia. Tambah lagi membe-2 tak pernah putus support aku. Tak kira waktu bagi aku semangat. Fuhhhh aku dapat rasa betapa sayang nya dorang kat aku. heheh.
Dah masuk sem baru azam pun baru. Tapi ....... hahah meroyan tu datang lah balik. Nangis tak henti sampai class pun aku skip. itu
Lastly baru aku tahu langit tinggi rendah , tak g kelas sangat kan . Ha padan lah muka . No wonder aku
Haaaa macam tu lah jugak aku. So dari situ aku dah lebih hati-hati. Pape pun aku try to be cool walau tak cool mana pun. Kadang kalah jugak. At least try kan? haha. Berkat doa semua org , dengan izin Allah perasaan tu dah hilang. SEMUA. yupzzz dah tak rasa pape. Serius aku tak tipu. So please ! stop ask me soklan yang macam tu. HAHAH. Bukan apa bila aku cakap tak , korang tak caya. aduhhh. aku pun tak tahu lah nak cakap pape lagi.
So aku rasa korang boleh faham kot kan?
Benda lama dah.
Aku kira zaman cinta monyet.
Yelah lagipun masa tu aku baru form 5 kan.
Takdanya aku nak anggap serius.
HAHAHAHA!
Lepaskan Ia Pergi----
Love Ashafiera ,
![]()
Buat sekian kalinya aku gagal , sungguh aku tak begitu kuat melawan segalanya . Aku harus bangkit , kuat !!
Jangan mudah mengikut nafsu , mengikut marahku ---
Allah , aku mohon .. Kau kuatkan lah hatiku--
Jadikanlah aku wanita solehah~~
Tetapkan iman ku ke jalanMu ya Allah....
Aku ini hanya wanita akhir zaman yang sedang berusaha mencapai redhaMu---
Berkatilah aku ya Allah.....
__IKHTILAT__
yess !! Susahnya nak jaga ikhtilat ni---
Tambahan pula terbiasa dengan sifat yang terlalu friendly---
Bila dengan member lama , arghhh susahnya nak jaga~~
Aku mesti bangkit !! Peduli apa orang cakap. Biar hinaan , makian bertalu-talu datang ..
Yang menilainya hanya Allah Taala....
__CINTA__
For this time , yess aku dah boleh atasi masalah ni---
Pengalaman mengajar aku erti CINTA :)
Aku percaya CINTA itu ada , tapi apa yang sebenar-benar CINTA ....
Adakah cinta kepada manusia yang kiranya hanya persinggahan atau cinta hakiki terhadap ALLAH ??
Tapi aku akui aku bukanlah wanita yang sempurna , yang mampu buang sepenuhnya perasaan ni..
Tapi aku akan cuba sedikit demi sedikit ;)
Insha Allah, aamiin.......
![]()
Strategi 3P
____Ustazah Fatimah Syarha____
![]()
.................... indahnya CINTA................
bahagian I
"eh senang ah kau cakap ! kau tak da kat tempat aku , cuba kalau kau bercinta dulu baru kau tahu sakit ke tak nak tinggalkan org yang kau sayang...."
"buat sahabat ku yang aku sayang , aku cinta , intan payungku...Siapa cakap aku tak pernah rasa sakitnya meninggalkan dan ditinggalkan? boleh dikatakan setiap manusia pernah menyayangi dan disayangi . Sekarang cuba kau pejam mata kau rapat-2, cuba kau fikir, kalau benar yang kau kejar itu cinta kenapa harus kau menangis menderita ? Jika benar itu cinta kenapa kau muram tak terkata ? sayang.... dengar sini, cinta perlukan pengorbanan, sejauh mana kau cintakan Allah , sejauh itu Allah akan beri rasa cinta yang hakiki dan yang sebenar- benarnya. Cuba kau fikir kejap, cinta kau ni cinta alat atau matlamat ? Cinta tu fitrah , tak salah kau ada perasaan cinta tu , tapi kau kena fikir bagaimana kau nak fitrahkan cinta kau tu sahabat. Simpan dulu rasa cinta tu syg, banyak benda lagi yang kau perlu baiki . Sekarang apa kata kau cuba sibuk kan diri dengan benda yang bermanfaat dan yang penting kau jangan gatal telinga nak dengar lagu-2 cinta, kang kau jugak yang nak terfeeling lebih. Aku cakap berdasarkan pengalaman. hehe. Kau kena ingat cinta manusia ni tak semuanya indah , tahu sebab apa? sebab Allah tak redha , sebab kau rasa kejap bahagia kejap tak . Sekarang kau pilih , korbankan CINTA demi ALLAH atau korbankan ALLAH demi CINTA ? Aku sayang kau sahabat, aku taknak kau rasa apa yang tak sepatutnya kau rasa.. sedarlah sahabat...... ... "
Yes! I'm falling in love again~
Tak salah kot jatuh cinta pada pencipta dari yang dicipta, barulah kita tahu betapa perlu kita hargai pencipta dari yang dicipta.
Tak payah nak sibuk-2 cari yang soleh, kita tu jadi solehah dulu, tak minta pun Allah bagi yang baik-2 nanti ok?
Kalau ada sapa nampak atau perasan Ashafiera terfall in love kat dicipta lebih pada pencipta, haaaa tampaq ja pipi kiri pipi kanan. Biar sedar sikit. Ok?
Lot of love,
Ashafiera Ghadzaly
dulu bila takdak nak mesej, oncall dengan gf/bf mesti rasa semacam. rindu lah, tak tentu arah la..
Tapi sekarang semua tu dah biasa, tak pernah rasa bosan tak pernah rasa jemu..
tahu kenapa?? sebab Allah yang hadirkan rasa dan kekuatan tu..
tahu kenapa Allah bagi rasa tu? Sebab Allah syg kita..
taknak kita tagih syg dari seseorang yang belum tentu halal buat kita..
Jadi tak perlu lah cakap 'erm untunglah kau' .. 'erm teringinnya'... 'erm aku nk jugak'...
Dah.. takde dah semua tu ok..
Allah kan dah cukup buat kita??
Nak mesej? baca Quran...
Nak kol? zikir banyak-2
Rindu? Doa kat Allah
Muslimah itu , terkadang gelak kuat tak henti , terkadang juga minum berdiri , terkadang sebelum tidur trlupa baca doa & ayat kursi , terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri , terkadang aci redah sarung kasut org lain tanpa disedari . Muslimah itu , terkadang gembira sampai trlompat terkinja smbil trsenyum tayang gigi , terkadang menitis air matanya laju tak terperi , terkadang rasa lemah smpaitak mampu nk bangun2 lagi , terkadang rasa marah menguasai diri , sampai rasa nk lempang org tu laju2 without mercy . Muslimah itu , adalah manusia biasa , yg tak lari dari segala perasaan sebagai manusia , yg tak lari dari segala mcm ujian dan pancaroba , yg tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya , yg tak lari dari buat khilaf dan dosa . Kerana apa ?Kerana dia juga manusia biasa . Apa2 pun , yg pastinya , muslimah itu sentiasa bangkit bila trjatuh , sentiasa cuba gembirakan hati org lain walau hatinya sendiri remuk , sentiasa cuba nk improve diri , dari semasa ke semasa tnpa henti , walau terkadang dia trsungkur , itu bkn kerana dia lemah , tapi itu kerana dia cuba ambil masa utk bangkit semula , jadi kuat dari sebelumnya , kerana dia berusaha utk mnjadi bidadari dunia , dan juga di akhirat sana , insyaAllah :')
Jujur memang tak mudah nak lupa
Jujur memang rindu
Jujur memang makin banyak teringat
Sebab syaitan kan suka menyesatkan
dia buat kenangan kau yang dulu nampak โindah-indahโ je
Tapi kau kena kuat
Kau kena teruskan jugak
Bertatih la, slow-slow je,
Jangan drastik sangat,
Tahu susah, Tahu sakit, Tahu penat,
Kita kan ada Allah sekarang :')
tujuan aku tulis entri kali ni untuk berkongsi sedikit kisah tentang hidup aku yang aku rasa banyak liku, dugaan serta berbagai-2 macam lah . *haish terformal sangat pulak. kehkehkeh. straight to the point lah senang ceta. Ashafiera Bt Ghadzaly ... yaaa inilah nama aku, bagi yang kenal aku, mungkin dorang tahu siapa aku dahulu dan siapa aku sekarang . Mungkin ada jugak yang masih pandang aku dengan masa lalu aku . Yess aku akui , aku bukan lah perempuan sebaik-2 perempuan . Cukuplah aku tahu siapa aku :) Berbalik pada cerita aku , aku nak kongsi macam mana rasa seorang perempuan yang aku kira sayang , cinta dan yang paling penting setia pada satu nama iaitu LELAKI . yaaa LELAKI ! Dia banyak mengubah hidup aku :) Yaaa sejujurnya kehidupan aku jauh lebik baik berbanding sebelumnya.. Hari demi hari aku boleh improvekan diri aku. Dari dia aku belajar apa itu erti SABAR , MENGALAH , BERDIKARI .. Memandangkan aku yang dulu memang sorang yang kuat melenting , pantang salah sikit , Ahhh siap lahh terus jadi singa betina . Ego ? Takyah nak cakap lah . Selagi aku tak puas jangan harap aku nak diam . Nak mintak maaf ? Ahhh jangan harap lah . Memang bukan aku lah kalau aku yang nak mengalah mintak maaf dulu . Tapi Alhamdulillah , lepas aku kenal dia , memang aku belajar semua tu . Entah kenapa apa yang dia buat , aku mudah maafkan , aku mudah mengalah , sedangkan hati aku memberontak marah , tak puas hati , tapi aku mampu kawal emosi aku . YESSS itulah aku . So bagi aku dia banyak ubah hidup aku . TERIMA KASIH sangat . Bulan demi bulan , aku masih kekal lah kononnya dengan si dia ni . Tak dinafikan aku dengan dia memang dah jarang contact , mesej , keluar dan segalanya . Aku cuba faham keadaan dia memandangkan dia salah seorang pelajar yang memegang jawatan kat dalam kampus tu . Yaa aku cuba positifkan otak aku ni . And Alhamdulillah memang berkesan . Aku ta pernah nk meragui apa pun yang dia buat. Sampai satu masa ni , dia mesej aku . Tapi nak tak nak je . Aku cakap aku nak keluar . Then dia cakap ok . Aku ada lah jugak ajak dia , at least ajak kan . Tapi dia cakap taknak . Sakit mata katanya . Ok so aku pun keluar jelah . Sepanjang perjalanan aku tu , aku mesej dengan dia . Tapi entah lah aku sentap gila ah . Mau tak nya tanya sepatah dia jawap sepatah . Sampai lah aku soal dia camni . " awak kenapa ? kalau tak nak saya cakap!"......... Selang beberapa minit , phone aku pun bunyi . Hurm berdebar aku rasa nak buka mesej tu . "Awak , saya nak kat awak . Tapi bukan dengan cara ni . Saya nak awak secara halal bukan dengan cara keluar bermanja bagai . Sebab tu saya tolak bila awak ajak saya keluar. Lagipun saya kan memang tak suka sangat mesej sebab tu saya macam tu ( padahal aku rasa dia orang yang paling suka mesej selama aku kenal dia ) ".... Tersentap aku baca , hampir berderai airmata aku , Ahh aku dah tak peduli orang nak pandang aku . Tapi aku cuba tarik nafas panjang-2. Aku tahan ja . Fuhhh memang Tuhan ja yang tau perasaan aku masa tu ... Then aku pun buat keputusan , aku cakap lebih kurang macam ni lah.. "Awak , kalau macam tu saya rasa better kita tayah kontek langsung . Kontek bila perlu saja . Kalau dah jodoh tak kemana kan awak ?Awak percaya Allah kan ?".... Dia reply .. "Hurmm habistu kalau saya rindu awak macam mana? hmm takpa laa biarlah saya rindu awak dalam doa saya ja k.." Aku nak tanya kalau lelaki cakap macam kat korang , sah sah korang cair kan? Memang superb lah kan ? Masa tu aku pandang dia hebat sangat , aku rasa kerdil gila aku. Kenapa dia boleh sedar sebelum aku sedar yang kitorang banyak buat dosa sebelum ni . Yess ! Aku malu sangat. So dari situ memang aku nekad , aku nak jadi baik ! aku nak ubah penampilan aku ! aku nak jadi solehah ! Aku pun sedar aku dah jauh sangat dari Allah . Solat lima waktu . Tapi maksiat aku anggap biasa . Takda rasa malu langsung . Hmmm . Astafirullahal'azim ..... Then aku dah mula seronok bila dapat berubah . Aku rasa jiwa aku lagi tenang . Apa aku nak buat aku mesti akan beringat . Hmmm yang paling penting dia pun semakin berubah :) Kitorang memang jarang mesej dah lepas tu . Jumpa lagi lah tak . Rindu ? yessss ! sangat . Tapi aku cuba tahan . Aku simpan je . Aku luah dalam doa . Setiap kali aku solat , tak pernah lupa aku sebut nama dia dalam doa aku . Tak penah lupa aku kat dia dengan harapan dia pun ingat aku :) Sedar tak sedar kuliah dah habis , final exam dah mula . Dia ada pesan kat aku ,dia nak tengok aku dapat dekan sem ni. kalau tak dekan pun hampir dekan . Gila kau kalau orang yang kau sayang harap kau macam tu apa kau rasa ? Fuhh tercabar der . Aku memang study hard lah jugak kan . huhuhuhu~ Aku ingat lagi masa tu lama dia tak mesej aku then tetiba petang tu tanggal "Awak saya ada benda nak bagitau awak. Tapi saya nak minta maaf terlebih dahulu kalau benda ni melukakan hati awak.."
.........Berderau darah aku.........
Aku cakap ye cakap lahh .. aku pun terus g amik wuduk solat asar dulu memandangkan aku tak solat lagi.. Masa tengah solat tu sumpah memang aku tak kusyuk . Gila kau berdebar hati aku ni...
........Selesai Solat..........
"Awak saya nak berpisah dengan awak. Saya sayangkan awak , tapi saya tak nak kecewakan awak lagi. Awak terlalu baik untuk saya.." "Ohh ok .. Tapi kenapa awak? Awak dah ada yang lain ke?" "Tak de pun. Cuma saya rasa biarlah saya hidup sesorang. Jadi saya tak kan sakitkan hati awak lagi." "Ohh ok awak .. Jaga diri.. blablabla.... :) "...... Tamatlah sudah aku dengan dia...Masa tu takda sapa pun tahu.. aku cuba tahan tak nak nangis.. Yee aku boleh! TAPI... hurmm kejap jer.. then sedar tak sedar dah mengalir laju airmata aku ni ha.. So then aku pun terus mandi-2 siap-2 nak tunggu maghrib.. Lepas je aku siap semua , laju je aku turun g PI . Aku tahu kalau aku duk dalam bilik tu memang tak henti aku nagis . So aku decided nak solat jemaah je. Tenang sikit kan.
.........................................
Hari berganti hari . Yaaa hidup aku tanpa dia . Tak dapat dinafikan aku agak kuat dari sebelumnya.. :) Masa tu aku terdetik nak buka pesbuk. Aku pun bukak lah. Tetiba nak luruh jantung aku bila aku terbaca satu post ni kat wall dia. Hurmm aku mula positif. Tapi makin positif makin aku rasa something yang tak kena. Then aku terus mesej dia. Aku cakap pasal perempuan tu. Pagi esok tu baru dia reply. Dia cakap dia takda orang lain pun. Dia sayang aku. Aku cakap "Awak jangan main nama Allah.Dosa"... "Sebab saya tak buat lah saya berani guna nama Allah.."... So aku pun kembali ok lah . Percayakan dia . Tapi malam tu masa aku baca post tu aku sempat komen kat post tu . Aku bukak pesbuk esoknya tengok perempuan tu ada add aku . Dia chat aku . Kitorang bual kosong je mula tu ,then sampai lah aku tergerak hati tanya pasal dia kat perempuan tu . Aku tengok cara perempuan tu mesej , serius memang macam ada yang tak kena . Macam dorang ada hubungan pape . So aku pun ngaku jelah yang aku baru lepas break gn dia . Hurmm maki jugak perempuan tu . Sampailah aku tahu yang sebenarnya dorang tengah inrelationship. Allah hancur hati aku. Kenapa dia berani guna nama Allah sedangkan dia buat salah. Konon taknak dah buat maksiat. Tapi... hmmmmmmmm.. Allah ja yang tau perasaan aku.. Perempuan tu sakit hati sangat sebab dia pun tipu perempuan tu.. Then aku tengok perempuan tu post kat wall dia , maki-2 dia .. Hurmm sejak dari post tu ramai pulak perempuan yang aku tak kenal chat aku dan mengaku yang dorang tengah couple lagi dengan dia .. Allah...... Dugaan lagi.. Baru aku tahu laki yang aku sayang cinta rindu setia tu rupanya bukan setia dengan aku pun , banyak lagi perempuan yang kena dengan dia. Dekat setahun jugak lah aku kena tipu. Hummm. And sejak peristiwa tu , dia terus menyepi. Mesej aku tak berbalas. Aku faham sebab apa. Sebab dia dah taley tipu aku. Segalanya dh terbongkar.....
....................
Alhamdulillah berkat doa aku , semangat yang aku kumpul dari dulu lagi . Aku mampu berdiri teguh sampai hari ni.. Aku bukan lah aku yang kerap kali menagis , meratap dek kerana kecewa dengan lelaki . Bahkan aku rasa bersyukur sangat-2 sebab Allah sayangkan aku. Dia taknak aku terus terhanyut dengan cinta yang sia-2 :) "Awak saya dah maafkan awak . Tak terniat di sudut hati saya nak marah apatah lagi membenci . Semoga suatu hari awak akan sedar apa yang awak buat ni salah dan awak tak kan ulang salah awak ni lagi . Saya doakan awak bahagia dengan jalan yang awak pilih . Dan semestinya jalan awak tu jalan yang betul yang lurus . Ingat selalu pesan saya ya . Jaga iman , jaga mata , jaga mulut , jaga hati ...:).." .....TerimaKasih jugak buat sahabat yang tak pernah penat bagi semangat dn kekuatn supaya aku lebih nampak jalan mencapai redha Allah.. TerimaKasih DEL :)..... first del nak fira belajar untuk memaafkan....maafkan dia...sebab apa itu kunci kebahagiaan..Bila fira maafkan dy,fira akan tenang..Maafkan sepenuh hati...insyaAllah kebahagiaan milik mu.dan fira kena sedar bahawa dia juga manusia biasa...yg tak terlepas buat silap...dan kita juga sama spertinya..kenapa nak menghukum jika kita juga ade buat silap dan kita pun tk pasti sama ada Allah ampunkan kita atau tak..jadi fira sayang,mulai saat ini belajar dan terus belajr untuk memaafkan nya,,Sebenarnya,dengan kesalahan dia itu,fira sendiri dapat ukur seperti apa cinta fira pada nya..kerana ...cinta itu MEMAAFKAN...Bila kita buat dosa,Allah masih bg nikmat...kan?Allah syg kita...Allah maafkan kita bila kita buat silap dan mohon taubat Nya...jadi?bukankah cinta itu memaafkan? second...kuatkan teguhkan prinsip diri..bila laki2 ada chat,kawan2 laki ade chat yg tak mendatangkan ap2 urusan,tegaskan pada diri tak ley layan2 .kerana apa?bimbang syaitan amik peluang tuk cucuk cucuk dalam hati rasa suka atau ap perasaan..dan sebellum nk chat itu,fikir sejenak dan tnye dlm diri..Allah redha ke aku buat semua ni?..insyaAllah kita pasti mampu nak kawal tindakan kita.lagipun..cuba lah kita bygkan..apa perasaan kita bila kita tahu pasangan kita ,bakal zauj kita chat2 gn perempuan TANPA URUSAN pun..?automatically kita akan rasa kecwa kan?,,sama juga dgn si dia..yg bkal halal untuk kita nnt..jd...kita kena bermula dgn diri sendiri kita dulu..nak yg baik,kena jadi baik dulu..nk yg tak mcg2 perempuan tnpa urusan,kita pun tak mcg2 lelaki tanpa urusn...nak lelaki yg sukar di dekati perempuan,kita jadilah dulu perempuan yg sukar didekati lelaki.. third....sibukkan diri dgn ilmu....cari ilmu dunia dan akhirat....ilmu dunia ni tuk ape?,,tuk naikkan martabat islam..nak jadi engineer ?ramai org jadi engineer..tapi engineer yg menekankan ciri2 Islam itu tidak ramai..jadi...jadilah jurutera muslimah dan mukminah yg berjaya.. ...Semoga Allah meredhai apa yang aku cuba buat sekarang. Semoga aku diberi kekuatan untuk terus istiqomah dalam mencapai redha ilahi. Aamiin..... |