A S H A F I E R A

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Welcome to my belog. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!.

Status : Hai ! Welcome to Ashafiera Lolycat blog . Nice to meet you ! ;)


(: Dusty Memories :)




Famous me?!


ASHAFIERA GHADZALY LOLYCAT

Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Ashafiera

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis :)
Assalamualaikum wbt :)


tujuan aku tulis entri kali ni untuk berkongsi sedikit kisah tentang hidup aku yang aku rasa banyak liku, dugaan serta berbagai-2 macam lah . *haish terformal sangat pulak. kehkehkeh.

straight to the point lah senang ceta. Ashafiera Bt Ghadzaly ... yaaa inilah nama aku, bagi yang kenal aku, mungkin dorang tahu siapa aku dahulu dan siapa aku sekarang . Mungkin ada jugak yang masih pandang aku dengan masa lalu aku . Yess aku akui , aku bukan lah perempuan sebaik-2 perempuan . Cukuplah aku tahu siapa aku  :)


Berbalik pada cerita aku , aku nak kongsi macam mana rasa seorang perempuan yang aku kira sayang , cinta dan yang paling penting setia pada satu nama iaitu LELAKI . yaaa LELAKI ! 


Dia banyak mengubah hidup aku :)
Yaaa sejujurnya kehidupan aku jauh lebik baik berbanding sebelumnya..
Hari demi hari aku boleh improvekan diri aku. 
Dari dia aku belajar apa itu erti SABAR , MENGALAH , BERDIKARI ..



Memandangkan aku yang dulu memang sorang yang kuat melenting , pantang salah sikit , Ahhh siap lahh terus jadi singa betina . Ego ? Takyah nak cakap lah . Selagi aku tak puas jangan harap aku nak diam . Nak mintak maaf ? Ahhh jangan harap lah . Memang bukan aku lah kalau aku yang nak mengalah mintak maaf dulu .


Tapi Alhamdulillah , lepas aku kenal dia , memang aku belajar semua tu . Entah kenapa apa yang dia buat , aku mudah maafkan , aku mudah mengalah , sedangkan hati aku memberontak marah , tak puas hati , tapi aku mampu kawal emosi aku . YESSS itulah aku .


So bagi aku dia banyak ubah hidup aku . TERIMA KASIH sangat .

Bulan demi bulan , aku masih kekal lah kononnya dengan si dia ni . Tak dinafikan aku dengan dia memang dah jarang contact , mesej , keluar dan segalanya . Aku cuba faham keadaan dia memandangkan dia salah seorang pelajar yang memegang jawatan kat dalam kampus tu . Yaa aku cuba positifkan otak aku ni . And Alhamdulillah memang berkesan . Aku ta pernah nk meragui apa pun yang dia buat.


Sampai satu masa ni , dia mesej aku . Tapi nak tak nak je . Aku cakap aku nak keluar . Then dia cakap ok . Aku ada lah jugak ajak dia , at least ajak kan . Tapi dia cakap taknak . Sakit mata katanya . Ok so aku pun keluar jelah . Sepanjang perjalanan aku tu , aku mesej dengan dia . Tapi entah lah aku sentap gila ah . Mau tak nya tanya sepatah dia jawap sepatah . Sampai lah aku soal dia camni . " awak kenapa ? kalau tak nak saya cakap!".........


Selang beberapa minit , phone aku pun bunyi . Hurm berdebar aku rasa nak buka mesej tu . 

"Awak , saya nak kat awak . Tapi bukan dengan cara ni . Saya nak awak secara halal bukan dengan cara keluar bermanja bagai . Sebab tu saya tolak bila awak ajak saya keluar. Lagipun saya kan memang tak suka sangat mesej sebab tu saya macam tu ( padahal aku rasa dia orang yang paling suka mesej selama aku kenal dia ) "....


Tersentap aku baca , hampir berderai airmata aku , Ahh aku dah tak peduli orang nak pandang aku . Tapi aku cuba tarik nafas panjang-2. Aku tahan ja . Fuhhh memang Tuhan ja yang tau perasaan aku masa tu ...


Then aku pun buat keputusan , aku cakap lebih kurang macam ni lah..


"Awak , kalau macam tu saya rasa better kita tayah kontek langsung . Kontek bila perlu saja . Kalau dah jodoh tak kemana kan awak ?Awak percaya Allah kan ?"....


Dia reply ..
"Hurmm habistu kalau saya rindu awak macam mana? hmm takpa laa biarlah saya rindu awak dalam doa saya ja k.."

Aku nak tanya kalau lelaki cakap macam kat korang , sah sah korang cair kan? Memang superb lah kan ?


Masa tu aku pandang dia hebat sangat , aku rasa kerdil gila aku. Kenapa dia boleh sedar sebelum aku sedar yang kitorang banyak buat dosa sebelum ni . Yess ! Aku malu sangat. So dari situ memang aku nekad , aku nak jadi baik ! aku nak ubah penampilan aku ! aku nak jadi solehah !


Aku pun sedar aku dah jauh sangat dari Allah . Solat lima waktu . Tapi maksiat aku anggap biasa . Takda rasa malu langsung . Hmmm . Astafirullahal'azim .....


Then aku dah mula seronok bila dapat berubah . Aku rasa jiwa aku lagi tenang . Apa aku nak buat aku mesti akan beringat . Hmmm yang paling penting dia pun semakin berubah :)


Kitorang memang jarang mesej dah lepas tu . Jumpa lagi lah tak . Rindu ? yessss ! sangat . Tapi aku cuba tahan . Aku simpan je . Aku luah dalam doa . Setiap kali aku solat , tak pernah lupa aku sebut nama dia dalam doa aku . Tak penah lupa aku kat dia dengan harapan dia pun ingat aku :)

Sedar tak sedar kuliah dah habis , final exam dah mula . Dia ada pesan kat aku ,dia nak tengok aku dapat dekan sem ni. kalau tak dekan pun hampir dekan . Gila kau kalau orang yang kau sayang harap kau macam tu apa kau rasa ? Fuhh tercabar der . Aku memang study hard lah jugak kan . huhuhuhu~


Aku ingat lagi masa tu lama dia tak mesej aku then tetiba petang tu tanggal 03/APRIL/2014 dia mesej aku . Ahhhh tipu kalau aku tak senyum sampai telinga . Masa tu aku tak expect pape pun . Tapi entah kenapa dua tiga hari sebelum tu aku memang tak sedap hati . Aku kalau dah rasa macam tu memang siap ah . Tak bederai airmata tak sah lah ^^


"Awak saya ada benda nak bagitau awak. Tapi saya nak minta maaf terlebih dahulu kalau benda ni melukakan hati awak.."



.........Berderau darah aku.........

Aku cakap ye cakap lahh .. aku pun terus g amik wuduk solat asar dulu memandangkan aku tak solat lagi.. Masa tengah solat tu sumpah memang aku tak kusyuk . Gila kau berdebar hati aku ni...


........Selesai Solat..........


"Awak saya nak berpisah dengan awak. Saya sayangkan awak , tapi saya tak nak kecewakan awak lagi. Awak terlalu baik untuk saya.."


"Ohh ok .. Tapi kenapa awak? Awak dah ada yang lain ke?"


"Tak de pun. Cuma saya rasa biarlah saya hidup sesorang. Jadi saya tak kan sakitkan hati awak lagi."


"Ohh ok awak .. Jaga diri.. blablabla.... :) "......


Tamatlah sudah aku dengan dia...Masa tu takda sapa pun tahu.. aku cuba tahan tak nak nangis.. Yee aku boleh! TAPI... hurmm kejap jer.. then sedar tak sedar dah mengalir laju airmata aku ni ha.. So then aku pun terus mandi-2 siap-2 nak tunggu maghrib.. Lepas je aku siap semua , laju je aku turun g PI . Aku tahu kalau aku duk dalam bilik tu memang tak henti aku nagis . So aku decided nak solat jemaah je. Tenang sikit kan.



.........................................

Hari berganti hari . Yaaa hidup aku tanpa dia . Tak dapat dinafikan aku agak kuat dari sebelumnya.. :)


Masa tu aku terdetik nak buka pesbuk. Aku pun bukak lah. Tetiba nak luruh jantung aku bila aku terbaca satu post ni kat wall dia. Hurmm aku mula positif. Tapi makin positif makin aku rasa something yang tak kena. Then aku terus mesej dia. Aku cakap pasal perempuan tu.  Pagi esok tu baru dia reply. Dia cakap dia takda orang lain pun. Dia sayang aku. 

Aku cakap "Awak jangan main nama Allah.Dosa"...

"Sebab saya tak buat lah saya berani guna nama Allah.."...



So aku pun kembali ok lah . Percayakan dia . Tapi malam tu masa aku baca post tu aku sempat komen kat post tu . Aku bukak pesbuk esoknya tengok perempuan tu ada add aku . Dia chat aku . Kitorang bual kosong je mula tu ,then sampai lah aku tergerak hati tanya pasal dia kat perempuan tu .


Aku tengok cara perempuan tu mesej , serius memang macam ada yang tak kena . Macam dorang ada hubungan pape . So aku pun ngaku jelah yang aku baru lepas break gn dia . Hurmm maki jugak perempuan tu . Sampailah aku tahu yang sebenarnya dorang tengah inrelationship. Allah hancur hati aku. 


Kenapa dia berani guna nama Allah sedangkan dia buat salah. Konon taknak dah buat maksiat. Tapi... hmmmmmmmm.. Allah ja yang tau perasaan aku.. Perempuan tu sakit hati sangat sebab dia pun tipu perempuan tu.. Then aku tengok perempuan tu post kat wall dia , maki-2 dia .. Hurmm sejak dari post tu ramai pulak perempuan yang aku tak kenal chat aku dan mengaku yang dorang tengah couple lagi dengan dia ..


Allah...... Dugaan lagi.. Baru aku tahu laki yang aku sayang cinta rindu setia tu rupanya bukan setia dengan aku pun , banyak lagi perempuan yang kena dengan dia. Dekat setahun jugak lah aku kena tipu. Hummm. And sejak peristiwa tu , dia terus menyepi. Mesej aku tak berbalas. Aku faham sebab apa. Sebab dia dah taley tipu aku. Segalanya dh terbongkar.....



....................

Alhamdulillah berkat doa aku , semangat yang aku kumpul dari dulu lagi . Aku mampu berdiri teguh sampai hari ni.. Aku bukan lah aku yang kerap kali menagis , meratap dek kerana kecewa dengan lelaki . Bahkan aku rasa bersyukur sangat-2 sebab Allah sayangkan aku. Dia taknak aku terus terhanyut dengan cinta yang sia-2 :)

"Awak saya dah maafkan awak . Tak terniat di sudut hati saya nak marah apatah lagi membenci . Semoga suatu hari awak akan sedar apa yang awak buat ni salah dan awak tak kan ulang salah awak ni lagi . Saya doakan awak bahagia dengan jalan yang awak pilih . Dan semestinya jalan awak tu jalan yang betul yang lurus . Ingat selalu pesan saya ya . Jaga iman , jaga mata , jaga mulut , jaga hati ...:).."


.....TerimaKasih jugak buat sahabat yang tak pernah penat bagi semangat dn kekuatn supaya aku lebih nampak jalan mencapai redha Allah.. TerimaKasih DEL :).....



first del nak fira belajar untuk memaafkan....maafkan dia...sebab apa itu kunci kebahagiaan..Bila fira maafkan dy,fira akan tenang..Maafkan sepenuh hati...insyaAllah kebahagiaan milik mu.dan fira kena sedar bahawa dia juga manusia biasa...yg tak terlepas buat silap...dan kita juga sama spertinya..kenapa nak menghukum jika kita juga ade buat silap dan kita pun tk pasti sama ada Allah ampunkan kita atau tak..jadi fira sayang,mulai saat ini belajar dan terus belajr untuk memaafkan nya,,Sebenarnya,dengan kesalahan dia itu,fira sendiri dapat ukur seperti apa cinta fira pada nya..kerana ...cinta itu MEMAAFKAN...Bila kita buat dosa,Allah masih bg nikmat...kan?Allah syg kita...Allah maafkan kita bila kita buat silap dan mohon taubat Nya...jadi?bukankah cinta itu memaafkan?
*bila kta mohon taubat pada Nya...
ini adalah cara del faham ..Kalau nak utarakan hadith mmg del tak sure la..keyh..
jadi..maafkan lah dia..doakan Allah buka pintu hatinya untuk berubah.


second...kuatkan teguhkan prinsip diri..bila laki2 ada chat,kawan2 laki ade chat yg tak mendatangkan ap2 urusan,tegaskan pada diri tak ley layan2 .kerana apa?bimbang syaitan amik peluang tuk cucuk cucuk dalam hati rasa suka atau ap perasaan..dan sebellum nk chat itu,fikir sejenak dan tnye dlm diri..Allah redha ke aku buat semua ni?..insyaAllah kita pasti mampu nak kawal tindakan kita.lagipun..cuba lah kita bygkan..apa perasaan kita bila kita tahu pasangan kita ,bakal zauj kita chat2 gn perempuan TANPA URUSAN pun..?automatically kita akan rasa kecwa kan?,,sama juga dgn si dia..yg bkal halal untuk kita nnt..jd...kita kena bermula dgn diri sendiri kita dulu..nak yg baik,kena jadi baik dulu..nk yg tak mcg2 perempuan tnpa urusan,kita pun tak mcg2 lelaki tanpa urusn...nak lelaki yg sukar di dekati perempuan,kita jadilah dulu perempuan yg sukar didekati lelaki..
sebab janji Allah,perempuan yg baik untuk lelaki yg baik..dan kita kena faham betul2 ayat terjemahan Al quran ni...maksud baik itu bukan di ukur pada pandgan zahir kita,tapi Allah ukur hati kita..maka..jadilah perempuan yg baik kerana Allah,sebab kita nk show baik kita ni dekat Allah..okayh? faham..?


third....sibukkan diri dgn ilmu....cari ilmu dunia dan akhirat....ilmu dunia ni tuk ape?,,tuk naikkan martabat islam..nak jadi engineer ?ramai org jadi engineer..tapi engineer yg menekankan ciri2 Islam itu tidak ramai..jadi...jadilah jurutera muslimah dan mukminah yg berjaya..
ilmu akhirat,ilmu agama...untuk ape?untuk kita dakwah dekat keluarga..kwn2 dan ini paling penting diri sendiri..kena faham agama Allah..nanti nak didik anak yg soleh solehah itu cam ne jika kita tak ade ilmu agama?..
tahukan fira?apaka tujuan berkahwin?yg del fhm ..untuk lahirkan generasi Islam..generasi Al quran..
nampak tak kat sini bahawa cinta itu penuh dgn tanggungjwab?bukan sekadar indah nya rasa cinta itu.....jadi....sama2 lah kita carik ilmu...share2 ilmu...okayh...
teruskan langkah mu ...menjadi solehah itu jauh lagi...perubahan kita untuk jadi solehah itu adlah wasilah..teruskan..jgn putus asa...okayh..
yg baik tu ALLAH yg nak fira dpt melalui del...tapi,..yg tak baik tu adalah kelemahan del,,okayh...maaf jika ada slh silap..


...Semoga Allah meredhai apa yang aku cuba buat sekarang. Semoga aku diberi kekuatan untuk terus istiqomah dalam mencapai redha ilahi. Aamiin.....





Older Post | Newer Post